Thursday, January 29, 2009

Bagaimana Membina Masa Gembira Dalam Masa Duka?

Setiap kali sebut tentang masa gembira dan masa duka, saya suka memanggilnya dengan “hepi time” dan “wori time”.

Jika Anda sedang dilanda duka, kecewa, geram, marah atau pendek kata sedang tertekan, cuba letak tepi dulu perasaan tu untuk setengah jam. Lupakan habis segala duka, kecewa, geram, marah, sakit hati, stress atau tertekan tu hanya untuk 30 minit saja.

Dalam 30 minit tu, ingat semula perkara-perkara yang pernah menggembirakan Anda. Tak payah bayangkan semua sekaligus, cuba ingat satu kenangan gembira yang Anda suka, yang membuat Anda sangat gembira.

Mungkin, ia kenangan gembira bila melihat anak Anda yang masih berumur 3 bulan tersenyum riang, ketawa sebab kawan Anda jauh terjelupuk tersangkut akar kayu, pecah hilai tawa melihat adik lelaki Anda terkial-kial dek semut yang tetiba masuk dalam seluarnya atau memori indah ketika Anda bertemu buat pertama kali dengan kekasih Anda (yang kini dah menjadi isteri atau suami Anda!). Er, contoh saja tadi tu, contoh! Ada sesetengah orang, mengingingat semula video-video lucu yang pernah ditonton untuk menjadikan dirinya gembira.

Ingat semula memori-memori tu selama 30 minit, bayangkan berkali-kali. Bagaimana dengan perubahan emosi Anda ketika itu? Hepi sedikit tak?. Sudah tentu Anda hepi.

Jangan biarkan fikiran Anda lari ke tempat lain selama 30 minit ni sebab inilah “hepi time” Anda, rugilah bila Anda kacau dengan memikir perkara lain. Selepas berakhir 30 minit, Anda boleh memilih sama ada:

1. Nak menambah lagi “hepi time” Anda untuk 10 minit seterusnya.

2. Masuk semula ke “wori time”.

Mesti tak syok kan tiap kali masuk ke “wori time” Anda? Setiap kali “wori time”, Anda akan berasa tertekan semula. Dah tentu Anda tak suka rasa tertekan.

Teknik yang saya sarankan ini baik untuk mengubah emosi tertekan menjadi sedikit gembira, kepala jadi sedikit ringan selepas banyak berfikir. Gunakan ia selalu, moga ia dapat membantu Anda berubah kepada emosi gembira, dalam masa duka!

No comments: