Thursday, January 29, 2009

Kaca Pun Macam Emosi Kita

Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh.

Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu. Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang
diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.

Begitu juga dengan emosi kita. Kena bijak menjaganya.

Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. untuk emosi kita kekal cantik, bersinar seperi kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi. Emosi kena digilap selalu.

Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang Anda rasa bersalah pada Anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri Anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.

Mereka menghadapinya dengan sabar. Dalam masa yang sama, mencana idea dan strategi untuk berusaha dengan kuat lagi.

Masalah, cabaran dan dugaan, letak tepi dulu. Walaupun emosi kita ni macam kaca yang rapuh dan mudah pecah, namun ia boleh dijaga, digilap supaya berkilau.

Dengan itu, kita boleh membentuk peribadi cemerlang supaya kita boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.

Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.

Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk menjaganya sebaik mungkin. Mereka tekad untuk menjaga emosi positif yang ada dalam diri mereka!

No comments: