Saturday, February 28, 2009

RAHSIA KHUSYUK SOLAT

menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa 1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Monday, February 23, 2009

AYAT SUCI LEBIH MUDAH DILUPA

Daripada Abu Musa katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Selalu-selalulah membaca Al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta ditambatannya". (Hadis riwayat Muslim)

Membaca Al-Quran adalah ibadah paling utama selepas amal fardu yang diwajibkan Allah s.w.t. Sesiapa meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, Allah akan menyesatkannya.

Kita diingatkan jangan melupakan Al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan, "Aku lupa ayat ini dan itu", tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafal Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih cepat perginya daripada dada lelaki daripada unta (yang terikat)". (Syaikhan dan at-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Belajarlah kamu Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahlinya, di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku pada waktu siang hari. Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan melihat orang yang pernah membacanya menghadap Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada ayah dan ibunya yang Islam pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga kedua-duanya bertanya: "Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu mempelajari Al-Quran."


Wallahu ‘alam
BERSIN & MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya". (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka)." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula

mengucapkan "Yarhamukallah".
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu Ta'ala 'alam

Sunday, February 22, 2009


Kriteria pemuda – pemudi yang dicintai dan dinaungi Allah
Yang memiliki sifat dan keperibadian mulia ( beriman dan beramal soleh )
" sesungguhnya mereka itu adalah pemuda- pemuda yang beriman dengan Allah mereka ;
Dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka"
[ surah Al- Kahfi : 13 ]

Imam Ghazali juga pernah memberikan nasihat untuk golongan pemuda pemudi seperti kata beliau
“ Ada tiga perkara yang apabila diberikan pada pemuda sesungguhnya ia telah memperoleh kebaikan dunia dan akhirat iaitu:
1) Hati yang sentiasa bersyukur
2) Lisan yang sentiasa berzikir
3) Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah


Muhammad Khair Umar Al-Husni,Tips menjadi pemuda cemerlang dan di cintai Allah( Pustaka Dini)

Saturday, February 21, 2009

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Sunday, February 15, 2009

Dariku buat sahabat-sahabat e-kaunseling


Tuhan telah berikan untukmu sepasang tangan dan kaki,itupun cukuplah untuk kau hidup dan mati dalam perjuangan.Tapi jangan lupa bukan perjuangan yang sia-sia,menangislah dengan segala kehinaan dan kemiskinan yang ada padamu itu kerana tangisan akan jadi penyambut kepada segala kesengsaraan jiwamu itu.Menangislah dengan seluruh jiwamu itu sebagai seorang hamba andai itu yang kau mampu…Berjuanglah hari ini dengan batin yang paling suci dan dengan jasad yang paling berani kerana hidup bukan untuk mati,tapi hidup pasti mengundang mati…


Saturday, February 14, 2009

Di mana tahap kita???



Sebagai seorang muslim,kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin,sepertimana dalam hadis menyebut”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”.Begitulah pentingnya ilmu kepada seseorang yang bergelar muslim,kerana ilmu kita tahu yang mana baik dan buruk sesuatu perkara dan kerana ilmu jugalah kita bijak dalam membuat keputusan.Rasulullah s.a.w juga telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.

1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akanmenyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenistanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untukdirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkangenerasi yang berilmu dan bermenfaat kepada masyarakat.

2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi airitu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan olehtumbuh-tumbuhan.Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu ituuntuk diri sendiri dan tidak dapat memberi menfaat kepada orang lain.

3 .Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapatmenerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akandiserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang.Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itujadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaatkepada dirinya apatah lagi kepada orang lain…dan inilah yang palingramai dalam ummat hari ini.

Tanya lah diri,kita digolongan mana?

Tuesday, February 3, 2009

Kita Hidup Bukan Sekadar Bersuka-suka




Kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.

Syukur jika Anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap Anda atau memandang rendah pada orang lain.

Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana Anda diulit kesenangan, keselesaan. Jika Anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tak di duga.

Bagi Anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana Anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib Anda.
Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan.

Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah.

Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.

Jika sekarang ini Anda di landa kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup Anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada Anda selagi Anda tak lulus ujian tu.
Untuk lulus ujian-ujian tersebut, Anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang.

Setelah lulus ujian-ujian tersebut, Anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran.

Apa yang Anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar Anda sesuatu.
Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.