Saturday, February 14, 2009

Di mana tahap kita???



Sebagai seorang muslim,kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin,sepertimana dalam hadis menyebut”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”.Begitulah pentingnya ilmu kepada seseorang yang bergelar muslim,kerana ilmu kita tahu yang mana baik dan buruk sesuatu perkara dan kerana ilmu jugalah kita bijak dalam membuat keputusan.Rasulullah s.a.w juga telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.

1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akanmenyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenistanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untukdirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkangenerasi yang berilmu dan bermenfaat kepada masyarakat.

2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi airitu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan olehtumbuh-tumbuhan.Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu ituuntuk diri sendiri dan tidak dapat memberi menfaat kepada orang lain.

3 .Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapatmenerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akandiserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang.Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itujadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaatkepada dirinya apatah lagi kepada orang lain…dan inilah yang palingramai dalam ummat hari ini.

Tanya lah diri,kita digolongan mana?

Tuesday, February 3, 2009

Kita Hidup Bukan Sekadar Bersuka-suka




Kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.

Syukur jika Anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap Anda atau memandang rendah pada orang lain.

Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana Anda diulit kesenangan, keselesaan. Jika Anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tak di duga.

Bagi Anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana Anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib Anda.
Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan.

Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah.

Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.

Jika sekarang ini Anda di landa kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup Anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada Anda selagi Anda tak lulus ujian tu.
Untuk lulus ujian-ujian tersebut, Anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang.

Setelah lulus ujian-ujian tersebut, Anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran.

Apa yang Anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar Anda sesuatu.
Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.

Thursday, January 29, 2009

Kaca Pun Macam Emosi Kita

Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh.

Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu. Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang
diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.

Begitu juga dengan emosi kita. Kena bijak menjaganya.

Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. untuk emosi kita kekal cantik, bersinar seperi kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi. Emosi kena digilap selalu.

Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang Anda rasa bersalah pada Anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri Anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.

Mereka menghadapinya dengan sabar. Dalam masa yang sama, mencana idea dan strategi untuk berusaha dengan kuat lagi.

Masalah, cabaran dan dugaan, letak tepi dulu. Walaupun emosi kita ni macam kaca yang rapuh dan mudah pecah, namun ia boleh dijaga, digilap supaya berkilau.

Dengan itu, kita boleh membentuk peribadi cemerlang supaya kita boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.

Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.

Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk menjaganya sebaik mungkin. Mereka tekad untuk menjaga emosi positif yang ada dalam diri mereka!

Bagaimana Membina Masa Gembira Dalam Masa Duka?

Setiap kali sebut tentang masa gembira dan masa duka, saya suka memanggilnya dengan “hepi time” dan “wori time”.

Jika Anda sedang dilanda duka, kecewa, geram, marah atau pendek kata sedang tertekan, cuba letak tepi dulu perasaan tu untuk setengah jam. Lupakan habis segala duka, kecewa, geram, marah, sakit hati, stress atau tertekan tu hanya untuk 30 minit saja.

Dalam 30 minit tu, ingat semula perkara-perkara yang pernah menggembirakan Anda. Tak payah bayangkan semua sekaligus, cuba ingat satu kenangan gembira yang Anda suka, yang membuat Anda sangat gembira.

Mungkin, ia kenangan gembira bila melihat anak Anda yang masih berumur 3 bulan tersenyum riang, ketawa sebab kawan Anda jauh terjelupuk tersangkut akar kayu, pecah hilai tawa melihat adik lelaki Anda terkial-kial dek semut yang tetiba masuk dalam seluarnya atau memori indah ketika Anda bertemu buat pertama kali dengan kekasih Anda (yang kini dah menjadi isteri atau suami Anda!). Er, contoh saja tadi tu, contoh! Ada sesetengah orang, mengingingat semula video-video lucu yang pernah ditonton untuk menjadikan dirinya gembira.

Ingat semula memori-memori tu selama 30 minit, bayangkan berkali-kali. Bagaimana dengan perubahan emosi Anda ketika itu? Hepi sedikit tak?. Sudah tentu Anda hepi.

Jangan biarkan fikiran Anda lari ke tempat lain selama 30 minit ni sebab inilah “hepi time” Anda, rugilah bila Anda kacau dengan memikir perkara lain. Selepas berakhir 30 minit, Anda boleh memilih sama ada:

1. Nak menambah lagi “hepi time” Anda untuk 10 minit seterusnya.

2. Masuk semula ke “wori time”.

Mesti tak syok kan tiap kali masuk ke “wori time” Anda? Setiap kali “wori time”, Anda akan berasa tertekan semula. Dah tentu Anda tak suka rasa tertekan.

Teknik yang saya sarankan ini baik untuk mengubah emosi tertekan menjadi sedikit gembira, kepala jadi sedikit ringan selepas banyak berfikir. Gunakan ia selalu, moga ia dapat membantu Anda berubah kepada emosi gembira, dalam masa duka!

Tuesday, January 27, 2009

Salam Muhibbah..



Assalamualaikum w.b.t...

Laman ini diwujudkan sebagai salah satu wadah yang menyediakan perkhidmatan kaunseling secara maya. Kami bersedia membantu, meringankan beban, berkongsi masalah mahupun memberi pendapat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan samada anda menghadapi isu2 atau masalah peribadi, persahabatan, sosial, agama dan sebagainya..
Moga medium ini secara tidak langsung dapat menjadi wadah yang akan menaut hati-hati kita membina ukhuwah yang diberkati dan dirahmatiNya. InsyaAllah..

"Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. ada awal tiada penghujungnya.. dicipta untuk mengingatiNya.. dibahagi untuk cintaNya.. diratib demi redhaNya.."